Apa Bezanya Masalah Rutin Dengan Masalah Bukan Rutin ?
Masalah-masalah matematik boleh dikategorikan kepada
berbagai-bagai bentuk. walaupun demikian, ada kalanya kita dapati ada masalah
yang bertindih kategorinya.
Masalah rutin
Masalah-masalah yang melibatkan hanya satu operasi aritmetik
sahaja dalam penyelesaiannnya dikategorikan sebagai masalah rutin. masalah-masalah
rutin hanya memerlukan pelajar memahami masalah, memilih operasi yang sesuai
serta mempraktikkan algoritma-algoritma yang telah dipelajari. Prosedur
penyelesaiannya diketahui oleh pelajar. walaubagaimana pun masalah-masalah
matematik yang rutin ada fungsinya kerana ia:
·
memberi latihan dalam ingatan fakta-fakta asas dan langkah-langkah
yang berturutan
·
mempertingkatkan kemahiran-kemahiran dalam operasi-operasi asas
·
memberi peluang kepada pelajar untuk berfikir tenteng perkaitan di
antara sesuatu operasi dan aplikasinya kepada situasi-situasi sebenar.
Masalah rutin adalah masalah yang diketahui jalan penyelesainnya
dengan satu strategi mudah
Apabila menyelesaikan masalah-masalah rutin, pelajar perlu
mengenalpasti:
·
Apakah soalannya yang perlu dijawab
·
fakta-fakta atau nombor-nombor yang perlu digunakan
·
Operasai-operasi matematik yang sesuai digunakan
·
anggaran nilai penyelesaian
Masalah bukan rutin
Sudah tentu masalah-masalah bukan rutin memerlukan proses-proses
yang lebih tinggi daripada yang terlibat dalam penyelesaian masalah-masalah
rutin. Kejayaan dalam penyelesaian masalah-masalah bukan rutin bergantung
kepada kebolehan pelajar menggunakan pelbagai strategi penyelesaian masalah
bersama dengan fakta-fakta dan maklumat dalam pertimbangan. Prosedur
menyelesaikannya adalah tidak diketahui pelajar. Masalah-masalah bukan rutin
biasanya diselesaikan dengan pelbagai cara yang memerlukan proses pemikiran
yang berbeza-beza. Nyata sekali pelajar dikehendaki menggunakan kemahiran
secara kritis dan kreatif dalam penyelesaian masalah bukan rutin.
Masalah bukan rutin perlu diselesaikan dengan pelbagai cara yang
memerlukan pemikiran kritis dan kreatif
Masalah-masalah bukan rutin harus digunakan dalam program
matematik sekolah rendah kerana boleh;
·
mengembangkan penggunaan strategi-strategi penyelesaian masalah
·
membekalkan peluang kepada pelajar untuk memikirkan pelbagai cara
penyelesaian, berkongsi kaedah-kaedah penyelesaian masalah dengan
pelajar-pelajar lain dan mengembangkan keyakinan diri dalam penyelesaian
masalah matematik.
·
mendorong pelajar untuk menikmati keindahan dan logik yang wujud
dalam matematik
·
mengembangkan kemahiran-kemahiran berfikir secara kritis
berbanding dengan hafalan petua, peraturan dan fakta tanpa kefahaman.
Masalah rutin
|
Masalah bukan rutin
|
·
menekankan kegunaan panduan prosedur(algoritma)
|
·
menekankan heuristik dan tidak menjaminkan penyelesaian tetapi
berkemungkinan besar menyelesaikan:
a)
Jenis statik: tetap, tahu tujuan dan tahu elemen.
b)
Jenis aktif: berubah aturcara, lain tujuan dengan elemen tetap.
|
·
Kekuatan: senang dicapai menggunakan ujian dengan pensil dan
kertas
|
·
Kekuatan: sangat releven dengan manusia.
|
·
Kelemahan: kurang releven kepada masalah manusia.
|
·
Kelemahan: kurang dicapai dengan kertas dan pensil.
|
No comments:
Post a Comment