Matematik ialah satu bidang ilmu yang
melatih minda seseorang pelajar supaya dapat berfikir secara mantik dan
bersistem dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Sifat Matematik secara tabiinya menggalakkan
pembelajaran yang bermakna dan mencabar pemikiran. Oleh itu, kita dapat rumuskan bahawa
Matematik mempunyai keindahannya yang tersendiri kerana Matematik memerlukan
pembuktian yang kukuh, penguasaan simbol yang efisien dan jitu, serta pertalian
antara struktur-struktur Matematik yang berkaitan. Justeru, kurikulum yang di ajar di sekolah
seharusnya dapat menanam sifat ingin mengkaji dan mentafsir simbol-simbol
Matematik yang abstrak kepada bentuk yang mudah agar dapat memberi keseronokan
kepada pelajar untuk mempelajari mata pelajaran ini. Terdapat tiga aspek utama
yang perlu diterapkan kedalam pemikiran pelajar tentang Matematik. Aspek pertama ialah Matematik sebagai
penaakulan. Penaakulan di sini bermaksud
pelajar-pelajar perlu membuat rumusan dan keputusan daripada input yang
diterima. Dua jenis penaakulan yang lazim digunakan iaitu
penaakulan induktif dan penaakulan deduktif. Kedua, Matematik bukan sekadar alat untuk
berfikir malah ia merupakan alat unutk menyampaikan idea dengan jelas dan
tepat. Melalui Matematik, pelajar-pelajar dapat mempersembahkan idea-idea
secara bertutur, menulis, melukis gambar atau
graf menggunakan bahan konkrit.
Ketiga, Matematik merupakan mata pelajaran yang memerlukan
langkah-langkah yang tertentu. Oleh itu, penyelesaian masalah dapat menjana
pemikiran 2pelajar yang bersistematik dan logik. Sistematik, kerana ia
menjanakan cetusan pemikiran metodogikal mengikut langkah-langkah tertentu dan
logik kerana ia memerlukan penyemakan untuk menentukan kemunasabahan sesuatu
penyelesaian.
Kebolehan
menyelesaikan masalah matematik merujuk
kepada kemampuan murid
menyelesaikan masalah matematik yang merangkumi masalah rutin
dan masalah bukan rutin. Menurut Aziz (2002), sekiranya
penyelesaian masalah hanya
mengaplikasikan algoritma yang telah dipelajari, maka ia disebut sebagai
masalah rutin. Manakala sekiranya seseorang
murid perlu berfikir secara mendalam
untuk mengaplikasikan konsep asas matematik untuk menyelesaikan masalah yang
diberikan, ia dinamakan masalah bukan rutin. Masalah yang berkait dengan
kurikulum sekolah rendah lazimnya merupakan masalah rutin yang berbentuk
masalah bersimbol dan masalah berayat (Ong & Yoong, 2003). Menurut Noor
Azlan (1995), dalam sejarah perkembangan pendidikan matematik di Malaysia,
kurikulum mata pelajaran itu telah
mengalami banyak perubahan sejak
merdeka hingga sekarang. Kementerian
Pelajaran Malaysia peka terhadap kualiti pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Banyak usaha
telah dijalankan untuk meningkatkan mutu
pengajaran dan pembelajaran
matematik. Justeru, pihak kerajaan telah memperkenalkan pelbagai
pendekatan yang kreatif dan inovatif untuk meningkatkan kebolehan murid dalam
menyelesaikan masalah matematik. Bagi merealisasikan hasrat ini, penggunaan
abakus telah diperkenalkan sebagai satu strategi untuk meningkatkan pengajaran
dan pembelajaran matematik di sekolah rendah. Penggunaan abakus-aritmetik mental dipercayai akan meningkatkan kemahiran mengira dan kebolehan menyelesaikan masalah matematik dalam kalangan murid
(Kementerian Pendidikan Malaysia, 2000).
Dalam kaedah abakus-aritmetik mental,
pembelajaran matematik menggunakan visual melalui manik-manik abakus, bunyi dan
kemahiran psikomotor dengan gerakan jari pada abakus. Murid menjalankan
pengiraan mental dengan wujudnya gambaran visual abakus di kepala terlebih dahulu, kemudian menggerakkan manik-manik abakus dalam mental
seakan-akan menggerakkan manik abakus yang sebenar dengan jari. Kaedah mental
ini telah menunjukkan murid tersebut berkebolehan mengira dengan sangat pantas
dan tepat. Kajian ini juga
selaras dengan kajian oleh Hayashi (2000) dan Kawano (2000) di negara Jepun.
Kaedah ini melibatkan murid secara aktif dan stimulasi otak dengan menjana
kecerdasan minda untuk meningkatkan prestasi dan kebolehan menyelesaikan
masalah matematik.
Kajian terkini oleh Hayashi (2000) dan
Kawano (2000) juga menunjukkan bahawa kaedah abakus-aritmetik mental dapat
mengembangkan otak kanan 86 Perbandingan Kebolehan Menyelesaikan Masalah
Matematik murid. Biasanya, proses pengiraan berlaku di sebelah otak kiri
manusia kerana notasi matematik diolah ke bentuk perkataan, manakala murid yang
mempelajari abakus-aritmetik mental akan membayangkan imej abakus dalam otak
kanannya. Murid tersebut tidak mengolahkan perkataan dalam pengiraan. Kajian
ini telah dibuktikan oleh Kawano (2000) di Jepun yang telah mengukur
gelombang otak murid semasa
menjalankan aritmetik mental menggunakan
alat electroencephalography (EEG).
Krampner (1994) telah menghebohkan kepentingan
penggunaan abakus dalam artikelnya yang
bertajuk "Ancient Abacus: Elegant, Accurate, Fun to Operate: Bead Counting
Still Counts in Computer Age". Alat
mengira yang mudah ini telah
menarik perhatian sedunia. Kim (2003) berpendapat bahawa negara-negara Asia
seperti Singapura, Taiwan, China dan Jepun malah Malaysia turut dipengaruhi oleh arus penggunaan abakus. Banyak akademi
swasta, misalnyaAkademi Mental Aritmetik
UCMAS, ALOHA dan TODAYS yang berasal dari negara China dan Taiwan telah tumbuh
bagai cendawan di Malaysia. Mulai tahun 2005, abakus-aritmetik mental telah
dimasukkan dalam kurikulum matematik tahun satu. Keberkesanan pelaksanaan abakus-aritmetik mental ini akan menjadi isu baru yang akan menarik perhatian masyarakat. Walaubagaimanapun, kajian
keberkesanan abakus-aritmetik mental untuk meningkatkan kebolehan menyelesaikan
masalah matematik di Malaysia masih kurang danamat perlu dilaksanakan.
Terdapat pelbagai model yang boleh
dijadikan rujukan dalam proses penyelesaian masalah masalah terutamanya dalam mata
pelajaran Matematik. Walaubagaimana pun,
sistem pendidikan Malaysia menggunakan model Polya sebagai rujukan untuk soalan
berbentuk penyelesaian. Oleh yang
demikian, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kaedah dan keupayaan
pelajar tingkatan 5 dalam menyelesaikan masalah
Matematik dalam tajuk ungkapan dan persamaan kuadratik. Kajian ini dijalankan di Sekolah Menengah
Kebangsaan Pekan Baru Muar, Batu Pahat, Johor yang melibatkan 53 orang pelajar
sebagai responden. Alat kajian yang
digunakan dalam kajian berbentuk soalan ujian yang berkaitan dengan tajuk
ungkapan dan persamaan kuadratik. Sistem
pemarkahan adaptasi Charles & Lester dan Woods (RECSAM,1996) digunakan
untuk tujuan mengkaji tahap penguasaan pelajar dalam memproses maklumat
Matematik yang diberikan. Data yang
diperolehi di analisis dengan
menggunakan perisian SPSS 13.0. Nilai
kebolehpercayaan alat kajian adalah α =
0.95. Hasil dapatan kajian menunjukkan
sebilangan besar pelajar tidak mampu merangka kaedah penyelesaian dan lemah
untuk mendapatkan jawapan yang tepat.
Kajian juga mendapati mereka lemah dalam penguasaan algoritma asas dalam
Matematik ketika menyelesaikan masalah.
Beberapa cadangan telah dikemukakan agar para pendidik dapat memenuhi kemampuan
kognitif pelajar dan meningkatkan keupayaan pelajar dalam menyelesaikan masalah
Matematik.
No comments:
Post a Comment